cerita dibawah adalah rekaan semata-mata, tidak berkaitan dengan yang hidup mahupun yang mati atau yang bakal mampus atau yang bakal jadi pm atau yang bakal digulingkan atau yang bakal digantung.. segala kebetulan adalah kebetulan semata-mata.. dan ia memang kebetulan jangan sekali-kali anda menyangkalnya..
Di satu malam(23/8/2XX8) yang hangat lagi panas, dikatakan seorang ahli politik yang bernama YB C4 telah menjalankan kempen politik di sekitar permatang pauh.
Di satu kampung yang dipenuhi dengan orang-orang melayu, terdengar seorang tengah berucap ketika ketibaan C4, dan C4 duduk sementara menunggu gilirannya untuk mengambil alih pentas tersebut.
Orang yang tengah berkempen dengan panasnya di atas pentas adalah tak lain tak bukan YB Mampus. Di tengah-tengah kebanjiran orang melayu di kawasan kempen tersebut, terdapat seorang pemberita Daratan Bintang iaitu Heroin Angin Jernih (Heroin) yang telah mengikut jejak C4 sepanjang kempen politik pada hari tersebut.
Di dalam liputannya, Heroin telah meneliti apa yang keluar dari mulut YB Mampus. Tiba-tiba, beliau terdengar ayat "Orang Penumpang Hanya Menumpang Di Sini", memang kontroversi! Beliau pandang ke pemberita lain yang turut membuat liputan, setiap orang terpaku mendengar ayat tersebut. Heroin terus mendengar ayat-ayat seterusnya mengharapkan satu penjelasan. Bukan penjelasan yang dikehendakinya, YB Mampus seturusnya menyatakan yang orang cina tak sanggup berkongsi kekayaan yang dimiliki.
Ini memang berita sensasi, hangat dan meletup lagi besar dari bom atom!
Keesokan harinya, Heroin pulang ke pejabatnya dan menulis satu laporan untuk dimuatkan di dalam akhbar Dataran Bintang keesokkan harinya(25/8/2XX8). Berita itu amatlah kecil, hanya 144perkataan dan 1.89% dari 1 mukasurat surat khabar itu. Berita tersbut taklah hangat sangat pada masa tersebut kerana semua orang menumpukan mata ke arah ibu pilihan raya kecil antara YB Dicucuk dan Pak Gemuk yang berlangsung pada 26/8/2XX8.
Akan tetapi, isu ini telah dipanaskan oleh orang-orang yang menumpang(Penumpang) seperti yang dikatakan oleh YB Mampus setelah YB Dicucuk menang pilihanraya tersebut. Parti-parti politik yang berasaskan kaum Penumpang terutama sayap pemuda telah membuat laporan polis yang menyatakan YB Mampus telah membuat kenyataan yang bersifat hasutan.
Pada masa yang sama, polis tidak dapat mencari YB Mampus untuk mengambil keterangan. Rasanya menyorot. Akan tetapi di atas usaha dan kerajinan polis, YB Mampus dapat dikesan beberapa hari kemudian dan keterangannya diambil.
Di masa kehilangan YB Mampus, satu situasi telah berlaku, YB C4 telah meminta maaf kepada masyarakat Penumpang di atas ucapan berunsur hasutan oleh YB Mampus. Tak tahu apa niat di sebalik minta maaf tersebut. Sudah tentu ada udang di sebalik batu.
Pada masa tersebut juga, PM tercinta YB Flip-flop telah menyatakan akan meminta YB Mampus meminta maaf dan memberikan kenyataan mengenai isu tersebut secepat mungkin.
10 hari selepas tercetusnya isu tersebut, YB Mampus bersama geng-geng Mampusnya seramai 13 orang telah membuat satu sidang akhbar untuk menjelaskan isu yang panas lagi kontroversial ini.
Di dalam sidang akhbar tersebut, semua wartawan yang hadir mengharapkan satu penjelasan dan wartawan Penumpang mengharapkan lebih iaitu satu minta maaf daripadanya. Akan tetapi, apa yang diharapkan tidak diperolehi, tetapi satu tuduhan ke atas Heroin telah dilemparkan oleh YB Mampus. YB Mampus menyatakan Heroin mempunyai agenda tersendiri dan membuat laporan berita palsu yang tersasar dari apa yang diucapnya dalam kempen pilihanraya.
Kesian Heroin yang berpengalaman dalam membuat liputan mengenai politik dilemparkan tuduhan sedemikian. Di dalam penjelasannya, YB Mampus menyatakan yang dia menyatakan Penumpang menumpang pada zaman sebelum kemerdekaan dan Heroin telah membuat laporan berasaskan sebahagian daripada ucapannya sahaja. YB Mampus enggan meminta maaf dan ini disokong oleh geng-geng Mampusnya. Penjelasan ini diterima oleh YB Flip-flop tetapi tiada kenyataan dari YB C4.
Parti-parti politik Penumpang tidak dapat menerima penjelasan yang diberikan oleh YB Mampus dan meminta YB Flip-flop mengambil tindakan ke atas si mulut celupar tersebut. Salah satu pemimpin Parti Penumpang iaitu Kepala Parti Ada-tolak-ada-gerak YB Kena-Koyak telah menyatakan akan keluar dari pakatan jika YB Mampus enggan meminta maaf.
Beberapa hari kemudian, YB Mampus and the gang mengadakan satu lagi sidang akhbar yang panas tahap matahari di mana dia menyatakan kaum Penumpang seperti Kaum Yahudi di US yang menguasai ekonomi dan memanupulasikan kuasa ekonominya ke atas politik negara. Acara kemuncak di sidang akhbar tersebut adalah pertunjukan koyak mengoyak. Salah seorang ahli geng Mampus telah mengambil gambar YB Kena Koyak dan mengoyaknya di hadapan media. YB Mampus turut meminta agar Parti Ada-tolak-ada-gerak dibuang daripada Pakatan 51-tahun.
Aksi-aksi geng mampus telah menimbulkan lagi kemarahan kaum Penumpang. Keesokan harinya, Pakatan 51-tahun telah bermesyuarat untuk menyelesaikan isu ini dari berlarutan. Ketua-ketua parti komponen telah menyerahkan kuasa untuk mengambil tindakan kepada YB Flip-flop dan YB Flip-flop berjanji tindakan tegas akan diambil ke atas YB Mampus setelah dia berunding dengan majlis tertinggi.
------------------------------------------------------------------------------------
Anda ingat cerita telah berakhir. Mungkin dengan apa yang berlaku sehingga hari blog ini ditulis.
Siapalah YB Mampus yang berani hingga tahap kritikal menghasut dengan isu perkauman dengan menyatakan Penumpang hanya menumpang?
Sebenarnya terdapat seseorang di belakang isu yang hangat masa kini. Siapakah yang sanggup menggunakan isu perkauman untuk mencapai impiannya. Adakah YB Dicucuk? YB C4? YB Flip-Flop? YB Kena-Koyak?
Di dalam isu ini, YB kena koyak sememangnya mempunyai agendanya tersendiri tetapi dia bukanlah dalang di sebalik semua yang berlaku. Dia adalah seorang cerdik pandai yang telah menggunakan peluang ini untuk mendapatkan populariti yang kian menjunam setelah kalah di pilihan raya umum. Ini adalah peluangnya menunjukkan yang dia sebenarnya berprihatin kepada kaum penumpang.
Dalang di sebalik semua ini di dalam cerita rekaan saya ini adalah YB C4. Seperti mana yang diumumkan YB Flip-flor hanya akan menyerahkan jawatannya kepada YB C4 pada 2010 dimana masih ada 2 tahun sebelum YB C4 boleh menjawat jawatan Kepala Negara. Oleh itu, isu ini telah dibangkitkan oleh YB C4 untuk mencetuskan satu situasi tegang di dalam negara di mana YB Flip-flop tidak dapat menangani dan terpaksa meletakkan jawatan dan akan diganti oleh YB C4.
Tidakkah anda berasa pelik dengan mudahnya YB C4 meminta maaf kepada kaum Penumpang di awal isu ini. Ini adalah untuk menunjukkan yang dia berada di pihak penumpang dan menjaga hati penumpang. Yang pasti, YB C4 tidak dapat tunggu 2 tahun lagi untuk mendapatkan jawatan tersebut. Di samping itu, jika dikaji sejarah keluarga C4, tidak sukar untuk kita mengenai pasti kesukaan keluarga C4 untuk bermain isu perkauman.
Satu lagi penjelasan kepada konspirasi rampasan kuasa adalah kuasa YB C4 keatas C4-C4 yang lain dan pasukan-pasukan tentera negaranya. Jika negara berada di dalam situasi tegang, Tuan Tua pasti akan mengistiharkan darurat dan kuasa pemerintahan akan diberikan kepada pihak tentera. Satu kerajaan tentera sementara akan ditubuhkan dan pasti YB C4 akan mengetuainya.
YB mampus di dalam cerita ini hanyalah satu watak kecil sahaja jika anda masih tidak tahu. Dia hanyalah satu prop YB C4 di dalam rancangan besarnya untuk merampas kuasa YB Flip-flop.
Sehingga Berjumpa lagi, sekian sahaja cerita sampai sini.
---------------------------------------------------------------------------------
Update-
dia memang tak boleh tahan dah
nanti update lagi
http://www.malaysiakini.com/news/89590
http://merdekareview.com/news.php?n=7654
http://www.malaysiakini.com/news/89594
http://www.malaysiakini.com/news/89566
Operasi Lalang2 juga angkara dia?? nanti saya cerita lagi ya..
No comments:
Post a Comment